Sunday, January 15, 2012

Resepi Sandwich Telur!!!

Ini aku nyer style kalu buat Sandwich Telur yer
Mr Y suka bebeno kalau makan Sandwich ni
kalau aku lak prefer Chicken Sandwich

tapi cam besela untuk suami tersayang besenyer ikut selera dialah
sekali sekala layan 
"Sandwich Telur" 
untuk breakfast pun bess jugak...yang penting 
healthykan...

Lupakan "Nasi Lemak Dan Roti Canai"
yang Hi Kolesterol tu!!!!
Bahan-Bahan
Roti wholemeal/ roti putih
(aku pilih Massimo walaupun macam2 issue keluar la ni..sedap dan lembut)
3 biji telur direbus

3 ulas bawang putih digoreng dengan sedikit minyak
2 sudu makan Mayonis
1 sudu serbuk lada sulah/lada putih
hirisan timun secukupnya
garam secukupnya
mentega

Cara-Caranya
1. Telur rebus yang telah dibuang kulit dilenyek/hancurkan
2. Masukan bawang putih goreng, lada sulah dan Mayonis
gaul sebati masukan garam secukup rasa.
3. Sapu roti dengan mentega dan letakan timun serta bubuh telur dan letakan timun lagi pada lapisan telur dan tutup dengan sekeping roti yang telah disapu dengan mentega.
4. Potong dua sedia untuk dimakan.


Psst: Gambar tu aku buat banyak bukan utk aku makan berdua melampau tu...tu utk party kecil2an Mr Y suruh buat band boy Cobra dia....

13 comments:

  1. aah sedapppp
    den selalu gak buat utk anak2 ..
    minggu nie x sempat layiueee

    ReplyDelete
  2. My feveret jugakk ni. Tapi lain sikittt cara buat. HEHEHEH

    ReplyDelete
  3. haha..igt nk mkn berdua bnyak tuu..

    ReplyDelete
  4. roti telur gini sy akn buat bila dpt telur rebus kt kenduri kawen..hihi

    ReplyDelete
  5. ohh ku tumis ngan bawang yer...nant leh cuba mungkin lagi sedap kan...aku lak sandwich ni baham sorang..megat tak makan..dia tak suke telur rebus

    ReplyDelete
  6. nor kalau pilih sandwich ni mesti pilih telur..yang lain tak baper suka. nampak sedap lat posh..

    ReplyDelete
  7. sedapnya posh, buat makan waktu lunch pun okey. : )

    ReplyDelete
  8. tq posh sbb share resepi ni.. nnt leh buat tuk anak2 akak... anak2 akak suka sgt telur...hehe

    ReplyDelete
  9. kalau u cincang bawah besar pon syokk hhehhe ;)

    ReplyDelete
  10. nyum3
    kt umah sllu wat sandwich sardin...if kalo ada lebih lauk sardin tu...jgn membazir leh wat sandwich hehehe

    ReplyDelete
  11. This is very nice sandwich.. I like egg sandwich..

    ReplyDelete
  12. Ermm menu pg yg sihat... Tuk tmbh sihat Jom lh lawat blog sy www.jomhealthywithme.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen biar ikhlas & membina
Kutukan adalah tidak dibenarkan sama sekali
Terima kasih kerana sudi komen
i likeeee